Faktor Pendorong:
Setelah kita sebutkan mengenai Ghazwah al-Asyirah di mana Kabilah
Quraisy dapat melepaskan diri dari sekatan Rasulullah, semasa
pemergiannya dari Makkah ke negeri al-Syam, bila hampir masa
kepulangannya dari sana ke Makkah, Rasulullah telah mengutus Talhah bin
Abdullah dan Said bin Zaid ke sebelah utara, bertugas mengintip dan
memperolehi maklumat terperinci mengenai hal tersebut, mereka bergerak
hingga ke daerah al-Hawra’, mereka di sana hinggalah Abu Sufian dan
Kafilahnya berlalu, mereka pun segera pulang ke Madinah melaporkan
perkembangan kepada Rasulullah.
Kafilah Abu Sufian itu sarat dengan harta dan barangan penduduk
Makkah, terdiri dari seribu ekor unta penuh dengan muatan dan harta
benda, dianggarkan tidak kurang dari lima puluh ribu dinar emas,
pengawal hanya empat puluh orang sahaja. Inilah peluang keemasan yang
harus diambil kesempatan untuk tentera Madinah, dan pukulan tepat pada
sasaran ketenteraan, politik dan ekonomi terhadap musyrikin sekiranya
semua harta ini dapat dirampas dari tangan mereka. Dengan itu Rasulullah
mengisytiharkan kepada kaum muslimin dengan sabdanya yang bermaksud:
“Ini dia kafilah Quraisy yang penuh dengan harta mereka, ayuh keluarlah
kamu semoga Allah menjadikannya sebagai harta rampasan untuk kamu.”
Baginda tidak menggesa sesiapa pun untuk keluar. Baginda hanya
membiarkan perkara ini terbuka secara mutlak, kerana Baginda tidak pula
menyangka akan bertarung dengan tentera Makkah, sehebat apa yang terjadi
di medan Badar itu. Justeru itu, maka sebahagian besar dari sahabat
berada di Makkah, dan mereka mengira Rasulullah keluar itu tidak lebih
dari Sariyah-Sariyah yang lepas, maka sebab itulah Rasulullah tidak
membantah terhadap mereka yang tidak turut bersama.
KADAR KEKUATAN TENTERA ISLAM DAN PENGAGIHAN PIMPINAN
Kini Rasulullah dalam keadaan bersedia untuk keluar bersama-sama
dengan tiga ratus tiga belas orang (313 atau 314 atau 317 orang) 82
Muhajirin (83 atau 86 orang) al-Aws seramai 61 orang dan 170 orang
al-Khazraj, mereka tidaklah begitu bersiap sangat dan tidaklah membawa
peralatan yang selengkapnya, tunggangan mereka hanya dua ekor kuda, kuda
al-Zubair bin al-Awwam dan kuda al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi,
manakala unta bersama mereka hanya tujuh puluh ekor yang ditunggang
secara bergilir untuk dua atau tiga orang, Rasulullah bergilir dengan
Ali dan Mirthad bin Abi Mirthad al-Ghanawi dengan seekor unta.
Rasulullah melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai khalifahnya untuk
mengendali urusan Madinah dan solat. Tetapi setibanya Rasulullah di
“al-Rawha” Rasulullah menghantar balik Abu Lubabah bin al-Munzir untuk
mengendalikan urusan pentadbiran Madinah.
Panji pimpinan berwarna putih diserahkan kepada Mus’ab bin Umair
al-Qurasyi al-Abdari, Baginda membahagikan tentera kepada dua katibah
(pasukan):
1. Katibah orang Muhajirin benderanya diberi kepada Ali bin Abi Talib.
2. Katibah al-Ansar, benderanya diberikan kepada Sa’d bin Muaz.
Sayap kanan diletakkan di bawah pimpinan al-Zubair bin al-Awwam,
sayap kiri pula di bawah pimpinan al-Miqdad bin Umar, kedua-dua mereka
ini adalah tentera berkuda di dalam tentera Islam ini. Pemimpin barisan
belakang ialah Quis bin Abi Sa’saah, pimpinan tertinggi masih disandang
oleh Baginda sebagai terus agong pimpinan tentera Islam.
TENTERA ISLAM BERGERAK KE ARAH BADAR
Rasulullah bergerak dengan tenteranya yang tidak bersiap-sedia untuk
berperang, sehingga keluarlah dari kawasan al-Madinah, dan terus
berjalan hingga ke jalan utama ke Makkah, hingga sampai ke daerah
al-Rawha, beberapa ketika setelah Baginda melintasi al-Rawha Baginda
tinggalkan jalan ke Makkah di sebelah kiri dan menyusur ke arah kanan
melalui al-Naziyah, ertinya Baginda bertala (menuju) ke Badar di situ
Baginda mengambil jalan ke Badar, darinya Baginda sampai ke lembah Jaza’
yang dikenali sebagai Rahqan, yang kira-kira terletak di antara
al-Naziyah dan segenting al-Safra’, Baginda melintasi segenting
al-Safra’ itu, dari situ Baginda menjunam hingga sampai ke al-Safra’ dan
darinya Baginda mengutus Basis Ibnu Umar al-Juhani dan Adi bin Abi
al-Zaghba’ ke Badar untuk mengumpul maklumat mengenai Kafilah Quraisy.
PEMBERITAHUAN KEPADA PENDUDUK DI MAKKAH
Pengedalian kafilah Quraisy ini sebenarnya di bawah tanggungjawab Abu
Sufian sepenuhnya, di mana beliau begitu berjaga dan amat berwaspada
kerana beliau menyakini jalan ke Makkah itu amat merbahaya, oleh yang
demikian beliau sentiasa menghantar pengintip-pengintip untuk
memperolehi maklumat, selain dari itu beliau selalu bertanya setiap
musafir atau tunggangan yang beliau temui di sepanjang perjalanannya
itu. Tidak berapa lama kemudian beliau memperolehi maklumat dari
risikannya bahawa Muhammad s.a.w telah pun mengerah tenaga sahabatnya
untuk menawan kafilahnya, dengan segera Abu Sufian mengupah Dhamdham bin
Amru al-Ghifari ke Makkah, di sana Dhamdham melaung dan meminta bantuan
kepada pihak Quraisy untuk menghantar gerakan penyelamat kafilah mereka
buat menghalang Muhammad s.a.w dan sahabatnya daripada bertindak
terhadap harta mereka itu begitulah tindakan Dhamdham kepada Quraisy
dari atas belakang untanya, setelah memotong hidung untanya seterusnya
beliau mengoyak bajunya untuk dikibar-kibarkan kepada Quraisy sambil
berteriak: Kalian Quraisy, celaka dan celaka harta kamu bersama Abu
Sufian itu, telah dihalang oleh Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya,
aku tak nampak kamu berkesempatan dengannya, tolong tolonglah !!!
PENDUDUK MAKKAH BERSEDIA UNTUK BERPERANG
Semua orang di Makkah bersiap dan bergerak dengan pantas dan mereka
berkata: Apakah Muhammad ingat kafilah kita itu seperti kafilah Ibnu
al-Hadhrami? Dengan mudah boleh direbut dari tangan kita? Tidak!! Demi
Allah biar dia tahu bukan semudah itu dia boleh bertindak. Pihak Quraisy
bertindak samada keluar sendiri atau menghantar penggantinya, untuk
keluar mereka telah mengerah tenaga habis-habisan, tidak seseorang pun
dari pemuka mereka mengecualikan diri selain dari Abu Lahab, namun
beliau tetap menghantar pengantinya yang telah berhutang dengannya.
Selain dari itu, mereka juga mengerakkan kabilah-kabilah Arab di
sekeliling Makkah, semua puak turut keluar kecuali Banu Adi sahaja, di
mana tidak seorang pun dari mereka yang turut serta.
KEKUATAN TENTERA MAKKAH
Kekuatan tentera Makkah terdiri dari seribu tiga ratus (1,300) askar
pada permulaan, dengan seratus ekor kuda, enam ratus perisai, manakala
unta terlalu banyak bilangan yang tidak dapat dipastikan anggaran dengan
terperinci. Pemimpin agung mereka ialah Abu Jahal bin Hisyam, makanan
dibekal oleh sembilan orang kenamaan Quraisy, mereka menyembelih
kadangkala sembilan atau sepuluh ekor unta sehari.
PERSOALAN KABILAH-KABILAH BANU BAKR
Semasa tentera Makkah mula bergerak, Quraisy teringat permusuhan
dengan kabilah-kabilah Banu Bakr, mereka takut kabilah ini akan menikam
mereka dari belakang, jadi mereka akan tersepit di antara dua musuh,
hampir-hampir permasalahan ini melemah dan menggagalkan usaha mereka,
tetapi iblis telah menjelma dalam rupa paras Suraqah bin Malik Ibnu
Ja’syam al-Mudlaji, ketua Kabilah Banu Kinanah, dengan menyeru kepada
mereka kalian: Aku adalah penjamin kepada kamu di mana Kinanah tidak
akan menyerang dari belakang kamu, suatu hal yang kamu tidak senang
dengannya.
TENTERA MAKKAH BERGERAK
Setelah itu mereka pun bergerak keluar dari Makkah, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah yang bermaksud:
“Dengan penuh lagak sombong menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, serta mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. ”
(al-Anfal: 47)
Dan mereka mara ke hadapan sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dengan hadis yang bermaksud:
“Mereka mencabar Allah dan RasulNya dengan segala tenaga dan kekuatan persenjataan mereka.”
Menepati firman Allah yang bermaksud:
“Dan bergeraklah mereka pada pagi itu, penuh kepercayaan yang mereka akan berkuasa, bagi menghalang kaum miskin”.
(al-Qalam: 25)
Langkah-langkah mereka penuh ta’sub, hasad dengki, dendam kesumat dan
iri hati ke atas Rasulullah dan sahabat-sahabatnya, lantaran para
sahabat ini berani mengancam kabilah mereka. Mereka bergerak secepat
kilat ke arah utara menuju “Badar”, dengan melalui “Wadi Asafan”, ke
Qadid kemudian ke Juhfah, di sana mereka telah menerima berita baru dari
Abu Sufian yang menyebut: Sebenarnya kamu keluar ini untuk
menyelamatkan kabilah kamu, orang-orang kamu dan harta kamu, tetapi kini
kita telah diselamatkan Thhan jadi kalian bolehlah pulang.
KABILAH DAPAT MELEPASKAN DIRI
Kisah Abu Sufian dan Kabilah yang melalui jalan utara itu adalah amat
berjaga-jaga dan waspada, beliau menambah lagi gerakan merisik, sebaik
sahaja mereka menghampiri “Badar” beliau mara ke hadapan mendahului
kabilah, di situ beliau menemui Majdi bin Amur, Abu Sufian bertanyakan
beliau mengenai tentera al-Madinah, jawab Majdi: “Aku tidak melihat
seorang pun dari mereka yang diragui, cuma tadi ada dua orang penunggang
telah berhenti di bukit itu, setelah minum air bekalan, mereka pun
beredar dari situ”, Abu Sufian pun segera ke tempat dua penunggang
berehat tadi, beliau mengambil najis unta tunggangan dua orang
penunggang yang singgah di situ, kemudian beliau memecahkan najis dan
memeriksanya. Tiba-tiba beliau mendapati najis itu mengandungi bijian,
maka kata beliau: “Demi Allah ini adalah makanan binatang dari Yathrib,
segera beliau kembali ke kabilahnya, dengan itu beliau memalingkan
pergerakan kabilahnya ke arah pantai sebelah barat, meninggalkan jalan
utara ke Badar yang di sebelah kiri. Dengan itu kabilahnya terselamat
dari terjatuh ke tangan tentera al-Madinah, sebab itulah maka beliau
mengutus surat kepada angkatan tentera Makkah, yang mana mereka menerima
suratnya itu semasa tentera Makkah telah berada di al-Juhfah.
TENTERA MAKKAH BERCADANG UNTUK BERPATAH BALIK DAN KERETAKAN DALAM BARISAN KEPIMPINAN MAKKAH
Setelah tentera Makkah sedang berada di Juhfah menerima perutusan
dari Abu Sufian, mereka pun bercadang untuk kembali semula ke Makkah,
tetapi pemimpin taghut Quraisy Abu Jahal yang sombong, bongkak dan
takbur bangun menyeru: “Demi Allah kita tidak akan pulang kecuali
setelah kita sampai ke Badar, di sana kita akan berkhemah tiga malam,
kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-puasnya, minum khamar, dan
kita berhibur dengan artis-artis penyanyi, sehingga dengan itu kita akan
di dengar oleh bangsa Arab tentang pergerakan dan perhimpunan kita,
seterusnya mereka akan gerun dengan sikap kita itu untuk
selama-lamanya”.
Bercanggah dengan Abu Jahal, al-Akhnas bin Syuraiq telah mengeluar
pendapat dan bantahan untuk pulang ke Makkah, namun mereka tidak
bersetuju dengannya, untuk demikian beliau menarik diri untuk pulang
bersama-sama kabilahnya Banu Zuhrah, al-Akhnas merupakan sekutu Quraisy
dan ketua Kabilah Banu Zuhrah di dalam gerakan ketenteraan ini, lantaran
itu tiada seorang pun dari Banu Zuhrah yang menyertai peperangan Badar,
kekuatan mereka lebih kurang tiga ratus (300) orang, Banu Zuhrah amat
gembira dan berpuas hati dengan pendapat al-Akhnas bin Syuraiq itu,
hingga dengannya beliau menjadi tokoh pemimpin pilihanny a yang
didengari, ditaati dan dih’ormati.
Banu Hasyim pun hendak pulang juga, tetapi Abu Jahal berkeras dengan
mereka, katanya: “Kamu tidak boleh bercerai dengan kami, ikut kami
hingga kami pulang”. Dengan itu tentera Makkah pun rnara ke hadapan
dengan kekuatan tentera seramai seribu orang askar, selepas penarikan
diri oleh Banu Zuhrah, menuju Badar, angkatan Makkah bergerak hingga
sampai hampir ke Badar, di sebalik guar (tanah tinggi) di lembah
“al-Udwah al-Qaswa” bersempadan dengan lembah Badar.
PENDIRIAN TENTERA ISLAM YANG KRITIKAL
Risikan tentera Madinah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w yang pada
ketika itu masih lagi berada di “Wadi Zufran” mengenai kabilah dan
angkatan tentera Makkah, hasil analisa dan perkiraan bahawa pasti sudah
tidak dapat dielak lagi pertumpahan darah. Di dalam suasana ini sudah
tidak dapat tidak, harus mara ke hadapan dan semestinya tidak boleh
berundur, kemaraan harus pula didasarkan kepada keberanian, kecekalan,
keperwiraan dan ketegasan, tidak syak lagi kalaulah dibiarkan tentera
Makkah bermaharajalela di daerah ini, ianya akan menjadi alasan dan
dorongan kepada Quraisy untuk terus berkuasa, malah akan merupakan
penerusan kepada kuasa politiknya, di masa yang sama akan melemahkan
kredebeliti umat Islam dan kuasanya, malah mungkin akan mengakibatkan
gerakan Islam akan tinggal badan tanpa roh dan kekuatan, akan memberi
laluan seluas-luasnya kepada segala jenis kejahatan dan hasad kesumat
untuk berbuat apa sahaja terhadap Islam.
Selepas kesemuanya itu, siapakah yang akan menjamin keselamatan umat
Islam, kiranya pihak Quraisy dan tentera Makkah mara ke Madinah siapa
yang akan menghalangnya, pertempuran mungkin akan berpindah ke pintu
masuk Madinah, kemudian mereka akan mara hingga ke tengah-tengah Madinah
sendiri, tidak sama sekali, kalau diandaikan berlakunya ketewasan
kepada tentera Madinah sudah pasti satu kesan buruk akan menimpa
kehebatan kaum muslimin dan maruah mereka.
MAJLIS PERMESYUARATAN
Memandangkan kepada perkembangan mengejut dan berbahaya ini, maka
Rasulullah s.a.w pun mengadakan permesyuaratan majlis tertinggi tentera,
di mana Rasulullah melaporkan kedudukan terkini, di dalam sidang ini
masing-masing mengemukakan pendapat dan pandangan, lapisan awam dan
pemimpin tentera semua turut memberi sumbangan dan pendapat
masing-masing, di saat ini terdapat sesetengah hati bergoncang dan
ketakutan untuk menghadapi pertumpahan darah ini, mereka inilah yang
disebut Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan mu dari rumahmu dengan kebenaran
jua, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak setuju.
Mereka membantahmu tentang kebenaran berjihad setelah nyata, seolah-olah
mereka dihalau kepada kematian yang sedang’mereka lihat”.
(al-Anfal: 5-6)
Bagi pihak pemimpin tentera, Abu Bakar al-Siddiq sendiri berucap dan
menegaskan sesuatu yang amat baik, kemudian Umar bin al-Khattab pun
berucap dan menegaskan segalanya adalah amat baik, disusuli dengan
al-Miqdad bin Amru yang menegaskan: “Wahai Rasulullah teruskanlah
sebagaimana yang Allah perlihatkan kepada tuan hamba, sesungguhnya kami
tetap bersama-sama tuan, demi Allah kami tidak akan berkata kepada tuan,
seperti Banu Israil berkata kepada Musa: “Pergilah dikau bersama Tuhan
kau, dan berperanglah kamu berdua kami akan tunggu di sini”. Tetapi kami
akan berkata: “Ayuh maralah dikau bersama Tuhan kau dan berperanglah,
sesungguhnya kami bersama kamu untuk berperang, demi Dia Tuhan yang
telah mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya kau membawa kami ke
“Birak al-Ghimad” nescaya kami bertempur bersama tuan tanpa
menghiraukan apa pun, sehinggalah kita sampai ke sana”. Rasulullah
membalas kepadanya dengan baik di samping berdoa untuk beliau.
Tiga tokoh tadi adalah dari pimpinan Muhajirin, mereka merupakan
majoriti di dalam tentera Islam, seterusnya Rasulullah ingin mengetahui
pendapat pemimpin Ansar pula, kerana mereka merupakan majoriti terbesar
kekuatan tentera Islam, lagi pun kekuatan tempor terletak pada golongan
Ansar, tambahan pula nas Baiah al-Aqabah tidak menuntut supaya mereka
berperang di luar kampung halaman mereka, setelah mendengar ucapan tiga
pemimpin tadi Baginda masih menyebut: Wahai kalian berilah pandangan
kamu, lafaz Rasulullah itu dituju kepada al-Ansar, pemimpin al-Ansar dan
pembawa panji, Sa’d bin Muaz segera menangkapi maksud Rasulullah itu
dan terus beliau berkata: “Demi Allah, bagaikan tuan hamba memaksudkan
kami”? Jawab Rasulullah: “Bahkan”.
Sa’d terus dengan ucapannya: “Sebenarnya kami telah pun beriman
dengan dikau ya Rasulullah, kami membenarkan dikau, kami bersaksi bahawa
apa yang kau bawa itu adalah benar, telahpun kami beri janji-janji dan
kepercayaan kami untuk mendengar dan mentaati, ayuh teruskan wahai
Rasulullah untuk mencapai sesuatu yang dikau kehendaki, demi Tuhan yang
mengutuskan tuan hamba dengan kebenaran, seandainya tuan hamba membawa
kami mengharungi lautan nescaya kami harungi, tak seorang pun akan
berkecuali, kami bersenang hati dikau membawa kami untuk menemui seteru
pada esok hari, kami ini jenis bersabar dan bertahan di dalam
peperangan, penuh kepercayaan untuk bertarung dan berhadapan dengan
musuh, semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata
melihat, ayuh bawalah kami ke hadapan penuh keberkatan dari Allah”
Di dalam riwayat yang lain menyebut, Sa’d bin Muaz berkata kepada
Rasulullah: “Boleh jadi tuan hamba merasakan bahawa pihak Ansar
berpendapat sokongannya kepada tuan hamba hanya di perkarangan kampung
mereka sahaja, di sini hamba menegaskan bagi pihak Ansar dan menjawab
bagi pihak mereka: Ayuh bergeraklah ke mana sahaja, hubungilah siapa
yang tuan hamba suka, putuskanlah hubungan dengan sesiapa yang tuan
hamba suka, ambillah harta kami sesuka tuan hamba, tinggalkanlah kadar
mana harta harta itu kepada kami sesuka hati tuan hamba, sesuatu yang
tuan ambil dari kami itu adalah paling kami senangi lebih dari apa yang
tuan tinggalkan, sesuatu yang tuan perintahkan itu, maka urusan kami
adalah ikutan kepada suruhan tuan itu, demi Allah sekiranya tuan membawa
kami untuk sampai di Birak al-Ghimad nescaya kami turuti. Dan Demi
Allah seandainya tuan hamba membawa kami mengharungi lautan nescaya kami
harungi”.
Rasulullah terharu dengan kata-kata Sa’d itu dan terasa segar dan bertenaga, kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Ayuh bergeraklah dan bergembiralah dengan berita baik, kerana
sesungguhnya Allah telah menjanjikan daku salah satu dari dua kelompok
itu, demi Allah sekarang bagaikan daku sedang menyaksi kemusnahan kaum
musyrikin “.
TENTERA ISLAM MENERUSKAN PERJALANANNYA
Setelah itu Rasulullah pun berpindah dari Zufran melalui lurah-lurah
yang dikenali sebagai al-Asafir, kemudian Baginda turun ke kampung
dikenali sebagai “al-Diah” menyusur ke bawah meninggalkan “al-Hanan” ke
sebelah kanan yang merupakan gua seakan-akan bukit dan darinya Baginda
menuju ke tempat berhampiran “Badar”.
RASULULLAH MENGGERAK OPERASI PERISIKAN
Rasulullah s.a.w telah bertindak sendiri bersama temannya yang pernah
bersama-sama di dalam gua Hira’ iaitu Abu Bakar al-Siddiq, untuk
bersiar-siar di sekitar khemah tentera Makkah, tiba-tiba mereka bertemu
dengan seorang syeikh al-Arab, Rasulullah s.a.w pun segera bertanya
kepada beliau mengenai Quraisy dan Muhammad dengan sahabat-sahabatnya.
Baginda bertanya mengenai kedua tentera itu dengan tujuan merahsiakan
diri Baginda, tetapi jawab syeikh al-Arab itu: “Aku tidak akan ceritakan
kepada kamu berdua kecuali setelah kamu memberitahu daku siapa kamu
berdua ini”? Jawab Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saudara memberitahu akan
kami beritahu”. Kata syeikh al-Arab: “Ayuh begitu caranya”, jawab
Rasulullah s.a.w: “Memanglah itu caranya”.
Kata syeikh al-Arab: “Cerita yang ku dengar bahawa Muhammad dan
sahabat-sahabatnya telah keluar pada hari sekian, sekian, sekiranya
benar cerita itu mereka sekarang ini berada di tempat sekian, sekian
iaitu tempat tentera al-Madinah sedang berkhemah manakala Quraisy pula
telah keluar pada hari sekian, sekian, dan kalau benar ceritanya itu
maka mereka di hari ini berada di tempat sekian, sekian iaitu tempat
tentera Makkah sedang berkhemah”.
Setelah beliau selesai menceritakan beliau bertanya: “Dan siapa kamu
berdua ini”? Jawab Rasulullah: “Kami ini dari “Ma”" dengan itu
Rasulullah terus beredar, syeikh tadi kehairanan memikirkan apa dari
“Ma” itu apakah dari “Ma” al-Iraq? (atau “Ma” yang bererti air).
MEMPEROLEHI MAKLUMAT TERPENTING MENGENAI TENTERA MAKKAH
Di petang hari yang sama Baginda mengutus lagi risikan-risikannya,
semua untuk memungut lagi maklumat seteru, tugas ini
dipertanggungjawabkan kepada tiga pemimpin Muhajirin, Ali bin Abi Talib,
al-Zubair bin al-Awwam dan Sa’d bin Abi Waqqas bersama beberapa orang
sahabatnya yang lain, mereka sampai ke telaga “Badar”, Di sana mereka
terserempak dengan dua orang suruhan Quraisy mengambil air untuk tentera
Makkah, mereka memberkas dua orang pengambil air dan dibawa ke hadapan
Rasulullah, sedang di masa itu Rasulullah tengah bersembahyang, kalian
yang ada di situ memeriksa mereka berdua dan berkata: “Kami pengambil
air untuk tentera Quraisy mereka mengantar kami untuk mengangkut air
untuk mereka” namun orang Islam tidak bersenang hati, kerana mereka
mengharapkan mereka berdua itu orang suruhan Abu Sufian (kerana mereka
masih berhasrat untuk menawan kabilah Quraisy) mereka membelasah
kedua-dua orang suruhan itu dengan parahnya, hingga mereka berdua
terpaksa mengaku: “Ya kami ini orang Abu Sufian, dengan itu dua orang
itu ditinggalkan.
Setelah selesai bersembahyang, Rasulullah berkata kepada mereka
sebagai memarahi tindakan mereka itu. Ayuh bila mereka bercakap benar
kamu belasah mereka, tetapi bila mereka mendustakan kamu, kamu biarkan
mereka pula, mereka berdua ini memang bercakap benar, sebenarnya mereka
berdua ini adalah orang suruhan tentera Makkah.
Selepas itu Rasulullah s.a.w bertanya dua orang suruhan yang
diberkas, katanya: “Ceritakan kepada ku perihal Quraisy”, jawab mereka:
“Mereka berada di sebalik bukit pasir itu yang kamu nampak dekat
“al-Udwah al-Qaswa”. Tanya Baginda lagi: “Berapa ramai tentera Quraisy
itu”. Jawab mereka: “Memang banyak”. Tanya Baginda, “Berapa
bilangannya?” Jawab mereka : “Kami tak dapat mengetahuinya”. Kata
Rasulullah s.a.w: “Berapa ekor sembelihan mereka sembelih setiap hari?”
Jawab mereka berdua: “Sehari sembilan dan sehari sepuluh”. Kata
Rasulullah: “Jadi mereka itu di antara sembilan ratus dan seribu, tanya
Baginda lagi: “Siapa di antara mereka orang-orang kenamaan?” Jawab
mereka berdua: “Utbah bin Rabiah dan saudaranya Syaibah, Abu
al-Bukhturi, Ibnu Hisyam, Hakim bin Hizam, Naufal bin Khuwnilid,
al-Harith bin Amir, Tu’aimah bin Adi, al-Nadhr bin al-Harith, Zamaah bin
al-Aswad, Abu Jahal bin Hisyam dan Umaiyah bin Khalaf,” mereka adalah
di antara tokoh Quraisy yang sempat disebut oleh dua orang suruhan
Quraisy. Rasulullah berdiri di hadapan kaum muslimin dan berkata: Itu
dia Makkah yang telah datang kelmarin dengan anak-anak kesayangan dan
buah hatinya.
HUJAN TURUN
Di malam itu Allah s.w.t menurunkan hujan di tempat kaum musyrikin.
Hujan turun dengan lebat melumpuhkan kemaraan mereka, sedang di tempat
kaum muslimin pula hujan renyai-renyai membasahi dan membersihkan badan
mereka, mensucikan diri mereka dari noda syaitan, menetapkan bumi tempat
mereka bergerak, mengejapkan pasir, mengukuhkan tapak kaki mereka,
mengemaskan kedudukan strategi mereka dan menambatkan hati-hati mereka.
TENTERA ISLAM MENDAHULUI KE TEMPAT PERTEMPURAN YANG STRATEGIK
Rasulullah mengerakkan tenteranya untuk mendahului kaum musyrikin ke
perigi Badar, dan menghalang mereka dari menawan perairan berkenaan,
Baginda mengambil tempat di malam itu di kawasan terdekat kepada
perairan Badar itu. Di masa itu al-Habab bin al-Munzir selaku pakar
ketenteraan, bertanya kepada Rasulullah, “apakah kawasan yang kita
bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah hingga
tidak boleh kita maju atau ke belakang selangkah pun? Atau apakah ianya
sebagai pemilihan strategi dan taktik?” Jawab Rasulullah: “lanya adalah
strategi dan taktik semata-mata?” Kata al-Habab: “Kalau demikian ya
Rasulullah, lanya bukan tempat yang sesuai, tuan hamba boleh berpindah
bersama sekalian tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan dan
musnahkan kolah yang di tepiannya dan kita bina pula takungan, kemudian
dipenuhkan dengan air hingga dengan itu semasa bertempor nanti kita akan
minum manakala kaum musyrikin dalam kekeringan dan kehausan”, kata
Rasulullah (s.a.w): “Kau telah memberi pendapat yang baik”.
Rasulullah pun segera bangun dan bergerak dari situ dengan seluruh
tentera hingga sampai ke perairan yang terdekat kepada musuh, di tengah
malam mereka menimbus kolam-kolam air dan membina takungan khusus untuk
tentera Islam, yang lain habis ditimbus.
MARKAS PIMPINAN
Sebaik sahaja kaum muslimin selesai bertempat di sebelah perairan
Badar, Sa’d bin Muaz pun mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w supaya
tentera Islam membina satu tempat khusus bagi markas arahan dari
Baginda, sebagai persiapan untuk menghadapi kecemasan, andainya
kekalahan sebelum memperolehi kemenangan dengan kata beliau: “Wahai Nabi
Allah bagaimana kami akan membina perteduhan untuk tuan hamba, padanya
kita tempatkan tunggangan Rasulullah dan kami akan mara ke hadapan
menemui seteru, sekiranya dengan bantuan sokongan Allah kita menang maka
itulah yang kita harap-harapkan, tetapi jika takdir kita tidak berjaya,
maka Rasulullah boleh menggunakan tunggangan yang sedang menunggu di
mana Rasulullah boleh bersama tentera kita yang berada di saf belakang,
dan musuh tidak sempat mengejar Rasulullah. Sekiranya kaum muslimin
mendapat Rasulullah bersama mereka, mereka tidak akan mundur dari tuan
hamba malah mereka akan mempertahankan Rasulullah atau berbincang dan
berjihad bersama tuan hamba”
Rasulullah menghargai pendapat Muaz itu dengan baik, sambil berdoa
untuknya, tentera Islam pun segera membina perteduhan di suatu tempat
yang tanahnya tinggi di sebelah tenggara medan peperangan berhadapan
dengan arena pertempuran. Seterusnya telah dipilih sebilangan pemuda
Ansar di bawah pimpinan Sa’d bin Muaz untuk mengawal Rasulullah di
perteduhan itu.
MOBILISASI TENTERA DAN SEMBAHYANG MALAM
Rasulullah memobilisasikan tenteranya, dan Rasulullah berjalan ke
arena pertempuran, sambil menunjuk dengan tangannya dan bersabda: “Ini
tempat kematian si pulan besok Insyaallah, di malam itu Rasulullah
menghabiskan masanya dengan bersembahyang kepada Allah di tepi sepohon
kayu sedang kaum muslimin dapat tidur dengan tenang menanti esok yang
cerah, hati mereka mekar dengan keyakinan, di malam itu mereka berehat
secukupnya, mengharapkan di besok hari akan menyaksi dengan mata kepala
mereka janji-janji Tuhan mereka:
“Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh perasaan mengantuk sebagai
satu pemberian aman daripadaNya dan ingatlah ketika la menurunkan kepada
kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengannya dan menghapuskan
dari kamu gangguan dari syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan
menetapkan dengannya tapak pendirian kamu “.
(al-Anfaal: 11)
Malam berkenaan adalah malam Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah
Rasulullah mula keluar pada 8 haribulan atau 2 haribulan di bulan yang
sama.
TENTERA MAKKAH DI MEDAN PEPERANGAN DAN PERPECAHAN DI KALANGAN MEREKA
Manakala Quraisy pula di malam itu berkhemah di al-Udwah al-Qaswa,
bila pagi menjelang Quraisy pun berhadapan dengan Katibahnya serta
membawa mereka turun dari bukit pasir itu menuju ke lembah Badar,
beberapa orang dari mereka menuju ke takungan air Rasulullah, kata
Baginda: “Biarkan mereka datang, sesiapa sahaja yang meminum darinya
kita bunuh, kecuali Hakim bin Hizam”, beliau tidak dibunuh malah selepas
beberapa ketika beliau memeluk Islam dan menjadi baik, sehingga kalau
beliau hendak bersumpah semasa dalam Islam, beliau akan menyebut:
“Tidak, demi Tuhan yang menyelamatkan daku di hari Badar”. Setelah pihak
Quraisy kembali tenang, maka dihantarnya Umair bin Wahb al- Jumahi
untuk mengesan kekuatan tentera al-Madinah, beliau menunggang kudanya di
sekeliling perkhemahan Islam, selepas pulang Beliau melaporkan katanya:
“Mereka adalah tiga ratus orang, lebih kurang sekitar itu, tetapi
tunggu sehingga aku mengesan apakah mereka ada penyerang hendap dan
mempunyai logistik pembekal? Dengan itu beliau menjelajah ke
tengah-tengah lembah “Badar” dan beliau tidak mendapati apa-apa pun
terus beliau pulang dengan katanya: “Aku tidak melihat apa-apa pun,
namun pada hemat ku di sana bala sedang menunggu kamu dengan seribu
kematian, ku dapati panah-panah di Yathrib membawa kematian yang perih,
mereka adalah golongan yang tiada pembela dan perlindungan selain dari
pedang mereka, derni Allah kamu tidak akan berupaya membunuh seorang pun
dari mereka yang berani dibunuh, kalau dah sebilangan dari kamu ini
bertemu ajal, maka tak ada kebaikan lagi untuk hidup. Ayuh, tiliklah
minda kamu”.
Di masa itu, berlaku satu lagi penentangan terhadap Abu Jahal yang
berkeras untuk berperang itu, iaitu usaha untuk membawa balik tentera
Quraisy ke Makkah, untuk mengelak berlakunya peperangan. Hakim bin Hizam
telah menyeru tentera Makkah berpatah balik. Hakim menemui Utbah bin
Rabiah dan menyeru kepadanya: “Wahai Abu al-Walid kamu adalah salah
seorang kenamaan Quraisy dan tokoh disegani percakapan, tidakkah kamu
tahu , aku mengajak kamu kepada satu kebaikan yang kelak akan disebut
sepanjang masa?” Tanya Utbah: “Apa perkaranya wahai Hakim?” Jawab Hakim:
“Kau pulang ke Makkah bersama-sama orang kau dan kau bertanggungjawab
juga dengan Amru bin al-Hadrami sekutu kau itu (yang terbunuh di dalam
Sariyah Nakhlah)” Jawab Utbah: “Aku setuju dan berjanji, Amru adalah
sekutu ku dan kau harus bertanggungjawab dengan pembayaran darah
kematian dan kerugian harta bendanya.”
Kata Utbah kepada Hakim bin Hizam: “Kau jumpa Ibnu al-Hanziliyah
(laitu Abu Jahal, al-Hanziliyah adalah ibunya) aku tidak curiga
percanggahan pendapat selaih dari beliau”. Rabiah pun pergi menemui
Quraisy: “Wahai kalian Quraisy demi Allah sesungguhnya tindakan kamu
untuk berhadapan dengan Muhammad itu adalah suatu hal, hal yang harus
dipertimbangkan, demi Allah sekiranya kamu berjaya melawannya, beliau
masih lagi tidak senang untuk melihat muka-muka kamu, yang telah
membunuh anak saudaranya atau anak saudara ibunya atau mana orang dari
keluarganya, baliklah kamu dan biarlah Muhammad dan orang-orang Arab
lain berhubungan dengannya, sekiranya beliau berjaya dengan usahanya itu
maka itu juga sebahagian dari hasrat kamu, kalau tidak demikian beliau
masih mendapat kamu dan kamu pula tidak menghalang apa yang hendak
dilakukan oleh Muhammad dan sahabatnya”.
Hakim bin Hizam pula segera menemui Abu Jahal yang sedang
mempersiapkan baju besinya, beliau pun terus berkata: “Aku ini disuruh
oleh Utbah untuk berbuat begini-begini”, jawab Abu Jahal: ‘Demi Allah
Utbah ini sudah terpukau dan besar diri, ketika beliau menyaksi Muhammad
dan sahabat-sahabatnya”. “Tidak!! Demi Allah, kami tidak akan pulang
hinggalah Tuhan menentukan qadarnya di antara kita dengan Muhammad,
biarlah Utbah dengan kata-katanya itu, Utbah telah menyaksi Muhammad dan
sahabat-sahabatnya beserta dengan anak Huzaifan yang sudah memeluk
Islam itu sudah mampu memakan unta yang gemuk lalu beliau pun memomokkan
kamu semua”.
Tapi bila mana percakapan Abu Jahal itu sampai ke pendengaran Utbah:
“Demi Allah beliau sudah dipukau dan besar diri” maka kata Utbah:
“Tunggulah dia akan tahu siapa yang bermegah dan besar diri, akukah atau
dia?” Abu Jahal pun bergegas dan bersegera, takut-takut nanti
penentangan semakin menjadi-jadi, selepas dialog itu beliau terus
menghantar orang menemui Amir bin al-Hadhrami, iaitu saudara kepada Amru
bin al-Hadhrami yang terbunuh di dalam pertempuran Sariyah Abdullah bin
Jahsy, dengan sebutannya: “Itu dia Utbah sekutu kau, hendak pulang
dengan pengikut-pengikutnya, kau sendiri menyaksikan kerja kita ini
adalah menuntut bela darah terhadap saudara mu itu. Ayuh bangun carikan
mana dia pencabar mu dan pembunuh saudara mu itu”. Dengan itu Amir pun
segera bangun dan menunjukkan punggungnya sambil melaung: “Wahai Amru,
semangat kalian pun memuncak dan bertekad untuk berperang malah mereka
yakin peperangan pasti berlaku”, seruan Utbah kini musnah sudah,
demikianlah keberanian mengatasi kebijaksanaan, tentangan Utbah itu
hilang di awang-awangan, tidak sempat mencapai maksud dan tujuannya.
DUA PASUKAN KINI BERHADAPAN
Sebaik sahaja kaum musyrikin muncul dan dua pasukan bertentang mata, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Ya Allah ya Tuhanku, Ini dia Quraisy yang telah tiba penuh
kesombongan dan bongkak. mencabar Kau, mendusta Rasul Engkau. Ya Allah,
ya Tuhanku berilah pertolongan Mu yang Kau janjikan itu, ya Allah ya
Tuhanku, biarkan mereka musnah di pagi hari ini “.
Rasulullah bersabda semasa melihat Utbah bin Rabiah yang sedang
berada di tengah-tengah kaumnya menunggang unta merahnya: “Kiranya ada
seorang yang baik di kalangan golongan Quraisy maka pemilik unta merah
itulah yang terbaik, itupun sekiranya mereka mentaatinya necaya mereka
mendapat petunjuk.”
Di saat itu Rasulullah pun bertindak meluruskan dan mengemaskan saf
tentera Islam, terjadi satu peristiwa ajaib, di mana pada masa itu
Baginda sedang memegang sebatang kayu buat membetulkan saf Islam,
Rasulullah mendapati Suwad bin Ghaziah terkeluar dari saf, oleh Rasul,
Baginda pun menekan perut Suwad dengan batang kayu tadi dengan sabdanya:
“Suwad betulkan saf!” teriak Suwad: “Sakit Rasulullah. Ini kena balas
balik!”, Rasulullah pun membuka perut untuk dibalas balik hentakkan
dengan kayu tadi dan sabdanya: “Ayuh balas balik”. Apa lagi Suwad pun
memeluk perut Baginda dan mencium serta mengucupnya bertubi-tubi. Sabda
Rasul: “Apa yang membawa kau berbuat begini, wahai Suwad”. Jawab beliau:
“Yang terjadi itulah apa yang tuan hamba lihat itu, Daku nak jadikan
itu sebagai detik terakhir untuk ku di mana kulit ku ini telah penyentuh
kulit Rasulullah”. Rasulullah pun mendoakan sesuatu yang baik untuk
beliau.
Setelah selesai mengemas saf, Baginda memerintah tenteranya supaya
tidak memulakan peperangan, sehinggalah mereka menerima arahan yang
terakhir, kemudian sekali lagi Baginda memberi arahan khusus mengenai
peperangan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sekiranya mereka itu berduyun-duyun, panahlah mereka, tetapi
berhemat dengan anak-anak panah kamu dan jangan hunuskan pedang kamu
kecuali bila mereka membanjiri kamu, lepas itu Baginda pulang semula
keperteduhan khusus bersama Abu Bakr”.
Ada pun kaum musyrikin telah disuarakan oleh Abu Jahal dengan
perhimpunannya, Ya Allah ya Tuhanku itu dia orang yang memutus hubungan
kami, yang membawa angkara yang belum pernah kami kenalinya, musnahkan
mereka di pagi ini. Ya Allah, ya Tuhan kami tolonglah mana satu yang
tercinta dan tersayang pada Mu di hari ini. Dengan doa ini beliau telah
menghukum dirinya sendiri.
Mengenai semua ini Allah menurunkan ayat yang bermaksud:
Jika kamu(orang-orang Musyrikin) mencari keputusan.maka telah
datang kepadamu dan jika kamu berhenti itulah lebih baik bagi mudah jika
kamu kembali. Nescaya kami kembali pula dan angkatan perangmu
sekali-kali tidak akan dapat menolak dari kamu sesuatu bahaya.biarpun
dia ‘banyak dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang beriman”.
(al-Anfaal: 19)
DETIK TERAKHIR DAN PENCETUS PEPERANGAN
Pencetus pertempuran ialah al-Aswad bin Abd aI-Asad al-Makhzumi,
manusia yang ganas dan buruk pekerti, telah muncul ke hadapan sambil
melaung: “Aku berjanji dengan Tuhan akan ku minum air takungan mereka,
akan ku roboh takungan yang mereka bina dan aku rela mati untuk berbuat
demikian”. Hamzah bin Abdul al-Muttalib pun segera keluar dan tidak lama
kemudian, Hamzah secepat kilat memancung pahanya menyebabkan beliau
terlentang ke belakang dengan tidak memberi kesempatan kepada beliau
untuk sampai ke takungan air, namun beliau terus merangkak ke arah
takungan hendak meminum juga dan untuk menunai juga sumpahannya tadi,
tetapi Hamzah sekali lagi menerkam ke arahnya dengan pukulan maut,
hingga tamat riwayat al-Aswad sedang beliau berada di dalam kawasan
takungan untuk meminum juga air dari dalamnya.
PERTARUNGAN SATU LAWAN SATU
Kematian al-Aswad merupakan pencetus pertempuran, seterusnya tiga
jaguh sekeluarga pilihan Quraisy telah keluar menawar diri untuk
dicabar, mereka ialah Utbah, saudaranya Syaibah bin Rabiah dan al-Walid
bin Utbah, mereka telah dijawab oleh tiga pemuda Ansar, Auf, saudaranya
Muaz bin al-Harith (ibu mereka ialah Afra’) dan Abdullah bin Rawahah,
tanya satria Quraisy: “Siapa kamu?” Jawab mereka: “Kami adalah lelaki
Ansar.” Kata Quraisy: “Berpadanan dan setimpal, tapi kami tidak mahu
kamu, yang kami hendak ialah anak bapa saudara kami, dan mereka melaung;
Wahai Muhammad kemukakan kepada kami yang setimpal dari kaum keluarga
kami”. Kata Rasulullah: “Ubaidah bin al-Harith, Hamzah, Ali, bangun”.
Mereka pun segera ke hadapan, bila berhampiran, mereka bertanya: “Siapa
kamu semua”, mereka pun memperkenalkan diri. Jawab Quraisy: “Ya, kamu
adalah setimpal dan bangsawan.”
Mula-mula Abu Ubaidah di antara yang tertua dari yang ketiga-tiga
mereka, tampil ke hadapan melawan Utbah bin Rabinh, kemudian Hamzah
berhadapan dengan Syaibah dan Ali mencabar al-Wahid. Hamzah dan Ali
langsung tidak memberi kesempatan kepada lawannya, malah kedua-dua lawan
mereka terus tersungkur rapat ke tanah dengan pukulan kencang, adapun
Abu Ubaidah dan pencabarnya, masing-masing terkena pukulan lawan,
masing-masing tercedera, Ali dan Hamzah terus menyambar ke atas Utbah
lantas membunuhnya. Mereka memapah Abu Ubaidah, sebelah kakinya
terputus. Beliau meninggal dunia di al-Safra, empat atau lima hari
selepas peperangan Badar, iaitu semasa kaum muslimin berjalan pulang ke
Madinah dalam tempoh ini, beliau berdiam diri.
Saidina Ali menegaskan dengan bersumpah bahawa Ayat yang bermaksud:
“Inilah dua golongan (mukmin dan kafir) yang berbantahan tentang Tuhan mereka ” .
diturunkan mengenai mereka di dalam peperangan ini.
PELANGGARAN MENYELURUH
Berakhirnya pertarungan satu lawan satu merupakan permulaan yang
malang terhadap kaum musyrikin, mereka telah kehilangan tiga tenaga
utama dan pilihan wira penunggang kuda, malah ketiga-tiga mereka adalah
di antara pemimpin Quraisy, dengan itu mereka naik berang, lantas mereka
meluru ke arah tentera Islam.
Adapun kaum muslimin selepas bermunajat memohon pertolongan dari
Tuhan mereka, dengan hati ikhlas berjuang kerana Allah, mereka terus
berada di tempat mereka mempertahan serangan musyrikin, mereka tidak
lebih dari bertindak mempertahankan diri, namun mereka berjaya,
menyebabkan pihak musyrikin menerima kerugian yang parah, sambil
melaung: Ahad, Ahad.
RASULULLAH MEMOHON DOA RESTU KEPADA TUHANNYA
Selepas mengemaskan saf tentera Islam, Rasulullah kembali ke
tempatnya dengan bermunajat dan memohon restu kepada Allah akan
janji-janjiNya yang dijanjikan itu dengan sabdanya yang bermaksud:
“Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah apa yang telah Engkau
janjikan, Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon restu akan janjiMu itu .”
Hingga apabila peperangan memuncak, pejuangan menjadi sengit, kancah
pertempuran sampai kepenghujungnya, Baginda sekali lagi memohon doa
kepada Tuhannya:
“Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya termusnah kelompok ini di hari ini
nescaya Kau tidak disembah lagi, Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya Kau
kehendaki, maka Kau tidak akan disembah lagi selepas hari ini untuk
selama-lamanya” .
Rasulullah bersungguh-sungguh dalam doanya, hingga terjatuh kain
serban dari atas bahunya, Abu Bakr terpaksa meletakannya semula ke atas
bahu Baginda dan berkata:
“Dah, cukup wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Tuhan mu itu”.
Di masa itu Allah telah mewahyukan perintahNya kepada golongan malaikatNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku bersama kamu maka teguhkanlah pendirian orang-orang
yang beriman. Kelak Aku akan jatuhkan rasa ketakutan ke hati-hati orang
kafir “.
(al-Anfal: 12)
Dan Allah mewahyukan kepada RasulNya di bumi, Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya Aku akan menurunkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”.
(al-Anfaal: 9)
Ketibaan para malaikat, menyertai tentera Islam adalah secara berperingkat-peringkat bukan sekaligus.
PARA MALAIKAT TURUN KE BUMI
Rasulullah terlelap dan terlena sejenak, kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya lantas bersabda:
“Terimalah berita mengembirakan ini wahai Abu Bakar, itu dia Jibrail yang berada di antara debu berterbangan”.
Di dalam riwayat Ibn Ishak menyebut: Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Terimalah berita yang mengembira wahai Abu Bakr. Pertolongan Allah
telah melewati engkau itu dia Jibrail memegang kekang kudanya,
memecutnya ke hadapan merentas debu-debu yang berterbangan itu “.
Kemudian Rasulullah keluar ke hadapan perteduhan dengan mengenakan baju besi dan menyebut ayat yang bermaksud:
“Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari”.
(al-Qamar: 45)
Seterusnya Baginda mengambil segenggam pasir dan menoleh ke arah kaum
Quraisy sambil bersabda: “Musnah kalian semua” sambil melontar pasir
itu ke arah Quraisy, menyebabkan tak seorang pun yang tidak terkena
dengan pasir tadi, malah dengan izin Allah pasir itu terlontar ke
telinga, mata, hidung dan mulut mereka semua. Dalam hal ini Allah
berfirman yang bermaksud:
“Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar. Akan tetapi, Allah jualah yang melempar”
(al-Anfal: 17)
SERANG BALAS
Di masa itu Rasulullah mengarah tenteranya untuk membuat serangan
balas terhadap tentera Quraisy dengan sabdanya: “Ayuh berkemas” dan
merangsang mereka dengan semangat perjuangan. “Demi Tuhan yang jiwa aku
di tangannya tak seorang pun yang memerangi mereka itu penuh kesabaran,
perkiraan dengan Allah dan tidak lari, kemudian mati syahid kecuali di
masukkan Allah ke dalam syurgaNya” dan sabdanya lagi: “Ayuh perolehilah
syurga yang keluasannya adalah seluas petala langit dan bumi” di masa
itu al-Umair bin al-Hammam mendengar kata-kata Rasulullah terus beliau
bersuara: “Amboi, Amboi” demi Allah, aku mengharap diri ku ini salah
seorang dari ahlinya” Jawab Rasulullah: “Kau adalah ahlinya” dengan itu
beliau membawa keluar buah tamar dari uncangan sambil memakan, kemudian
beliau menyebut pula, “Sampai bila hendak makan buah tamar ini, Ini tak
boleh jadi” Dengan itu beliau terus mencampak buah tamarnya itu dan
terus beliau bergelut sepenuhnya di dalam pertempuran hinggalah beliau
syahid.
Manakala Auf bin al-Harith Ibni al-Afra’ pula bertanya Rasulullah
dengan katanya: “Wahai Rasulullah apakah yang mengetawakan Tuhan dari
tindakan hambaNya”, jawab Rasulullah: “Seorang yang bergelut dengan
seterunya secara terdedah, baju besi yang dipakainya itu ditanggalkan
dan dicampak buang, hanya menggenggam pedangnya dan terus berperang
hingga jatuh syahid.”
Semasa Rasulullah mengarah serangan balas pihak seteru sudah pun
tidak bersemangat lagi, keaktifan mereka bertarung pun sudah luntur,
tindakan Rasulullah itu paling bijak, ianya telah memberi kesan yang
mendalam pada saf kaum muslimin dan memperkukuhkan kedudukan tentera
Islam, sebaik sahaja mereka menerima arahan membuat serangan, jiwa
mereka membara dan bertambah cergas secergas kaum belia, dengan itu
mereka membuat serangan tubi dan mengganyang barisan seteru seranapnya,
pertahanan Quraisy terbadai bagaikan tikar digulung di sana sini.
Kepala-kepala tercantas, badan-badan terkulai jatuh tertiarap ke bumi,
tentera Islam semakin bersemangat apabila melihat Rasulullah merangsang
mereka dengan pakaian baju besi sambil melaung:
“Akan kalah semua kelompok itu dan akan beredar lari”.
Kaum muslimin bersungguh-sungguh dan bermati-matian, para malaikat
membantu mereka. Dalam riyawat Ibnu Said dari Ikrimah telah menyebut: Di
hari itu ada kepala yang terpelanting jatuh dan tidak tahu siapa yang
mengerjakannya, dan ada pula tangan jatuh dan tidak tahu siapa yang
mengerjakannya dan dua puluh tangan yang terluka jatuh dan tidak tahu
siapa yang memukulnya, Ibnu Abbas pula menyebut: Di ketika seorang Islam
sedang mengasak musuh musyrikin yang di hadapannya tiba-tiba terdengar
rembatan cemeti di sebelah atas dan suara penunggang kuda melaung: Ayuh,
mara ke hadapan, wahai Haizum. Beliau pun memerhati musyrikin yang di
hadapannya, orang lain pun menceritakan kisah yang sama juga, seorang
Ansar telah menemui Rasulullah dan menceritakan sedikit kisah yang sama
kepada Baginda, maka sabda Rasulullah s.a.w: “Memanag benar semuanya
itu, dan itulah bantuan dari petala langit ketiga”. Kata Abu Daud
al-Mazani: “Semasa aku sedang memburu lelaki musyrik belum sempat ku
menentangnya tiba-tlba kepalanya sudah terjatuh, belum sempat lagi
pedang ku mengena beliau, aku sedarlah yang membunuhnya itu bukannya
aku, seorang lelaki Ansar membawa al-Abbas bin Abdul al-Muttalib
tawanannya, kata al-Abbas: “Demi Allah bukan orang ini yang menawan aku,
tetapi yang menawan aku seorang lelaki tangkas, berupa paras cornel
menonggang kuda borek, tapi aku nampak dia bersama-sama kaum muslimin”,
kata al-Ansar: “Sebenarnya daku yang menawannya wahai Rasulullah”. Jawab
Baginda: “Senyap, sebenarnya kau telah dibantu oleh Malaikat yang
mulia”.
IBLIS MENARIK DIRI DARI KANCAH PEPERANGAN
Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah
bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji telah mendapati kumpulan para malaikat
bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah
cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang
orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan
beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum
musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau
membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?” Jawab Iblis:
“Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku
takut siksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak
dirinya ke dalam laut”.
KEKALAHAN YANG TERUK
Tanda-tanda kekalahan dan huru-hara dalam barisan musyrikin sudah
mula kelihatan, manakala kaum muslimin terus membuat asakan bertubi-tubi
ke hadapan tentera musuh, pertempuran hampir sampai ke penghujungnya,
beberapa kelompok musyrikin telah berundur dan lari menyelamatkan diri.
Bagi kaum muslimin itulah peluang terbaik untuk mereka menawan dan
membunuh seteru-seteru mereka, hinggalah selesai peperangan dengan
kemenangan di pihak kaum muslimin. Allahu akbar.
KEDEGILAN ABU JAHAL
Setelah Abu Jahal, Taghut Quraisy terbesar melihat tanda-tanda
porak-peranda di dalam barisannya beliau telah cuba sedaya upayanya
untuk berkeras dan menahan arus kemaraan tentera Islam. Beliau cuba
merangsang tenteranya dengan melaung kepada mereka dengan suara dan
sikap yang bengis. Kami tidak akan terkalah dek penarikan diri oleh
Suraqah itu, dia itu ada perjanjian dengan Muhammad, janganlah kamu
gerun kerana kematian Utbah, Syaibah dan al-Walid, malah mereka semua
telah mara ke hadapan lebih awal, demi al-Lata dan al-Uzza kita tidak
akan balik kecuali setelah kita memberkas mereka dengan tali-tali,
apakah tidak boleh dua ribu orang kamu ini membunuh seorang pun dari
mereka, ayuh, musnahkanlah mereka itu sehabisnya, hingga dapat kita
mengajar mereka dengan kejahatan tindakan mereka.
Namun tidak lama kemudian Abu Jahal dapat melihat hakikat
kesombongannya itu, dan tidak berapa lama pula, barisan musyrikin mula
retak dan berpecah di hadapan arus serangan tentera Islam. Ya! Memang
tinggal segelintir sahaja dari tentera musyrikin yang bertahan di
sekeliling Abu Jahal, mereka membentuk satu benteng dari barisan
berpedang dan tombak di sekeliling Abu Jahal, namun kesemuanya itu tidak
mampu menyekat kemaraan tentera Islam, benteng yang dibentuk itu
berkecai, dan kepala Taghut itu menampakkan dirinya.
Kaum muslimin mendapati ianya sedang beligar dengan kudanya untuk
menemui ajal yang sedang menunggunya, darahnya akan mengalir dari tangan
dua orang anak-anak al-Ansar.
KEMATIAN ABU JAHAL
Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan: “Sesungguhnya daku di dalam saf
peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri
dan di kananku dua orang belia masih muda, daku bagaikan tidak berasa
selamat terhadap diri mereka”. Salah seorang dari mereka bertanyakan
padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang
seorang lagi, katanya: “Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal”,
jawabku: “Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?” katanya pula:
“Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah s.a.w” tambah
beliau lagi: “Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku
ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali
kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera
ajalnya, aku kehairanan dengan sikapnya itu”. Kata Abdul al-Rahman lagi:
“Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat
sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, daku
pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di
tengah-tengah orang ramai”, dan ku berkata kepada mereka berdua: “Kamu
tengok tak? “Itu dia orang yang kamu bertanyakan tadi”.
Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan
segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan
menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: “Siapa di
antara kamu yang membunuhnya? Jawab tiap dari mereka: “Saya Rasulullah”.
Tanya Baginda: “Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?” Jawab mereka:
“Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka”, maka
sabda Rasulullah s.a.w: “Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya”. Setelah
selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada
kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin
Afra’.
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al-Jumahi berkata:
“Daku dengar cerita mengenai kaum musyrikin dan Abu Jahal sedang dikawal
rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu yang rimbun,
sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran
pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal”. Mereka semua
melaung: “Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya.” Kata Muaz: “Bila
aku mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad
untuk mendapat peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat
pukulan terus ku menerpa dan memenggal separuh kakinya, demi Allah tiada
bahasa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini selain dari gambaran
sebiji keras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai
kulitnya itulah gambaran yang dapat kugambarkan, di masa itu anaknya
Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai sebelah
tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku, peperangan sengit
menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret tangan ku
yang terkulai itu, bila terasa membebankan sangat ku pijak dengan kakiku
hingga ianya tercabut putus dari badanku”. Di masa itu Mu’az bin Afra’,
melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Mu’az pun terus
menggasak Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan
ditinggalkan bernyawa ikan, sedang Mu’az terus berperang hingga jatuh
sebagai seorang syahid.
Setelah selesai peperangan Rasulullah s.a.w memerintah supaya dicari
Abu Jahal dengan sabdanya: Siapa boleh tengok apa yang dilakukan oleh
Abu Jahal, semua orang keluar mencari-cari Abu Jahal, akhirnya Abdullah
bin Masud r.a menjumpainya yang masih bernyawa ikan, Abdullah meletakkan
kakinya ke atas leher Abu Jahal dan memegang janggutnya untuk memenggal
kepalanya dan berkata adakah Allah memalukan kau wahai musuh Allah?”
Tanya Abu Jahal: “Dengan apa dimalukan aku? Tiada sebarang aib pun ke
atas ku, aku tidak lebih dari seorang yang dibunuh oleh kaumnya sendiri.
Atau apakah aku ini lebih dari seorang yang kamu bunuhnya?” dan katanya
lagi: “Aku mahu bukan orang bawahan yang membunuh aku”, dan tanya Abu
Jahal: “Hari ini suasana berpihak kepada siapa?” Jawab Ibnu Masud:
“Kepada Allah dan RasulNya?” kemudian beliau berkata lagi kepada Ibnu
Masud yang sedang meletak kakinya ke atas leher Abu Jahal: “Kau sedang
mendaki satu tangga yang sukar wahai si pengembala kambing”. Dan
memanglah sebelum ini Ibnu Masud adalah seorang pengembala kambing di
Makkah.
Setelah selesai dailog di antara mereka ini Ibnu Masud pun memenggal
lehernya dan dibawanya ke hadapan Rasulullah s.a.w seraya berkata:
“Wahai Rasulullah, Ini dia kepala Abu Jahal musuh Allah”, jawab
Rasulullah dan Baginda mengulanginya tiga kali kemudian menyebutnya
lagi: “Ayuh tunjukkan daku mana dia jasad Abu Jahal itu”, kami pun pergi
ke tempat jasadnya yang tersadai itu dan menunjukkannya kepada Baginda
dan kemudian Baginda bersabda: “Inilah dia Firaun umat ini”.
PENAMPILAN IMAN DI DALAM PERISTIWA INI
Sebelum ini telahpun kita kemukakan dua contoh penampilan iman dan
akidah, iaitu Umair bin al-Hamaman dan Auf bin al-Harith ibni Afra’, di
dalam peristiwa Badar ini terserlah gambaran-gambaran perjuangan yang
indah, padanya terserlah kekuatan aqidah dan kemantapan prinsip, di
dalam peristiwa ini si bapa berhadapan dengan si anak, si
abang berhadapan dengan adiknya, prinsiplah yang memisahkan mereka
dan pedang pula yang menceraikan mereka, yang tertewas berhadapan dengan
yang menang, maka dengannya legalah dan puaslah perasaan dendam di
hati.
1. Ibnu Ishak meriwayatkan dari Ibnu Abbas menceritakan bahawa
Rasulullah telah berkata kepada sahabatnya: “Aku telah memastikan di
mana terdapat beberapa orang dari Banu Hasyim yang menyertai peperangan
bagi pihak Quraisy sebenarnya mereka itu dipaksa, mereka tidak bertujuan
memerangi kita di sini, sesiapa di antara kamu yang berhadapan dengan
mereka janganlah membunuh mereka, sesiapa yang menemui Aba al-Buhturi
bin Hisyam janganlah membunuh beliau dan sesiapa yang menemui al-Abbas
bin Abdul Muttalib janganlah membunuh beliau kerana beliau keluar secara
terpaksa”. Abu Huzaifah bin Utbah pun bertanya: “Apakah harus kami
membunuh bapa-bapa kami, ernak-emak kami saudara-saudara kami dan
keluarga kami kemudian al-Abbas dibiarkan, demi Allah kalau ku
berhadapan dengan al-Abbas pasti ku bunuhnya, atau ku tikamnya dengan
pedang ini”. Kata-katanya itu sampai ke pendengaran Rasulullah (s.a.w)
terus Baginda berkata kepada Umar bin al-Khattab: “Wahai Abu Hafs apakah
layak muka bapa saudara Rasulullah dipukul dengan pedang? Kata Umar:
“Wahai Rasulullah, biarkan sahaja daku memenggal lehernya dengan pedang
ku ini, demi Allah beliau itu munafiq”.
Dengan itu Abu Huzaifah merungut: “Sebenarnya aku terus tidak merasai
sejahtera dengan kata-kataku itu sejak hari ku lafazkan dan ku masih
lagi takut dengannya kecuali sekiranya daku dikifaratkan dengan mati
syahid”. Akhirnya beliau dikurniakan dengan kematian sebagai seorang
syahid di medan peperangan di al-Yamamah.
2. Larangan untuk tidak dibunuh Abu al-Buhturi, kerana beliaulah yang
menghalang kaum musyrikin dari membunuh Baginda semasa di Makkah,
beliau tidak pernah menyakiti Baginda dan tidak pula melakukan sesuatu
yang tidak menyenangkan Baginda dan beliaulah orang yang bertindak
membatalkan watiqah pemboikotan Quraisy terhadap Banu Hasyim dan Banu
al-Muttalib.
Namun walau bagaimanapun Abu al-Bukhturi terbunuh juga (Qada’ dan
Qadar), ceritanya: al-Majzar bin Zaid al-BuIwi telah bertemu dengan Abu
al-Bukhturi di dalam kancah peperangan bersama dengan kawannya yang
turut berperang di sampingnya, maka kata al-Majzar wahai Abu al-Bukhturi
sebenarnya Rasulullah telah melarang kami membunuh kamu. Tanya Abu
al-Bukhturi: Dan juga kawan ku ini? Jawab al-Majzar: Tidak! Demi Allah
kami tidak boleh kecualikannya. Jawab Abu al-Bukhturi: Demi Allah kalau
demikian aku mesti mati bersamanya, mereka berdua terus menyerang. Bagi
al-Majzar tidak ada pilihan selain dari membunuh kedua-duanya.
3. Abdul al-Rahman bin Auf semasa jahiliah adalah kawan kepada
Umaiyah bin Khalaf di Makkah, semasa di Badar Abdul Rahman bin Auf
menemui Umaiyah sedang berdiri di samping anaknya yang bernama Ali
sarnbil memegang tangannya, Abdul Rahman sedang membawa baju-baju best
yang telah dirampasnya bila mereka berdua terpandang Abdul al-Rahman,
Umaiyah pun berkata:
Adakah kau perlukan sesuatu pada aku? Daku ini lebih berharga dari
baju-baju besi yang kau tawankan itu, yang tidak pernah ku lihatnya
seperti yang di hari ini, apakah kamu tidak memerlukan susu-susu?
Maksud Umaiyah bahawa sesiapa sahaja yang menawannya beliau akan bayarkan harga pembebasan diri
dengan unta-unta yang mengeluarkan susu-susu yang banyak. Dengan itu
Abdul al-Rahman pun mencabut butang baju-baju besi dan memegang
kedua-duanya. Dan Abdul al-Rahman pun mencerita selanjutnya: Umaiyah
telah berkata kepada aku sedang ku berdiri di antara Umaiyah dan
anaknya:
Siapakah orang yang bersemat dengan bulu burung kasawari di dadanya
itu? Jawab Abdul al-Rahman itulah dia Hamzah Ibni Abdul al-Muttalib,
jawab Umaiyah: Dialah yang telah mengganyangkan kami sepanjang
peperangan.
Cerita Abdul al-Rahman: Demi Allah ketika ku sedang membawa
kedua-duanya tiba-tiba Bilal terpandang Umaiyah yang bersama ku, dan
Umaiyah inilah yang menyiksa beliau semasa di Makkah dahulu. Bilal
menjerit:
Kepala kafir Umaiyah bin Khalaf, kalau orang boleh lepas tapi kau
tidak akan lepas, kalau kau hendak lari di hari ini. Ku melaung: Wahai
Bilal mereka ini tawananku. Jawab Bilal: Tidak lepas kalau hendak lari
di hari ini. Kataku:
Tidakkah kau dengar wahai anak Hitam: Laung Bilal: Tidak lepas kau
hendak lari. Beliau melaung selantang-lantang suaranya: Wahai Pembantu
Allah, kepala kafir, Umaiyah bin Khalaf berada di sini tidak lepas,
kalau orang lain lepas tapi kau tidak akan lepas, kalau hendak lari.
Kata Abdul al-Rahman: Mereka semua melingkunginya, hingga jadi seperti
sekepal nasi, aku cuma melindunginya sambung Abdul al-Rahman lagi:
Tiba-tiba seorang lelaki memukul anak Umaiyah dengan pedangnya hingga
terjatuh, di masa itu Umaiyah pun menjerit belum pernah lagi ku
mendengar jeritan seperti itu, dan ku berkata: Ayuh lari dan selamatkan
dirimu, dan sebenarnya tiada tempat baginya untuk menyelamatkan dirinya,
demi Allah tiada suatu pun yang mampu menyelamatkan kau, dengan itti
mereka mengganyang kedua-duanya dengan pedang-pedang mereka hingga
selesai, menyebabkan Abdul al-Rahman berkata: Semoga Allah mengasihani
Bilal, baju-baju besi rampasan perangku telah hilang, dan ku dikejutkan
dengan pembunuhan ke atas tawanan ku.
Di dalam kitab “Zad al-Maad” Abdul al-Rahman telah menyuruh Umaiyah
dengan katanya: Ayuh rebahkan dirimu, maka Umaiyah pun me rebahkan
dirinya dan Abdul al-Rahman merebahkan dirinya ke atas Umaiyah buat
melindunginya, namun mereka semua terus memukulnya dari bawah ku, hingga
terbunuh. Menyebabkan kaki Abdul al-Rahman juga terkena tetakan.
4. Di peperangan Badar juga terjadi di mana Umar bin al-Khattab
membunuh bapa saudaranya (Khal: bapa saudara dari pihak ibunya) al-Aas
bin Hisyam bin al-Mughirah.
5. Di dalam peristiwa ini Abu Bakr al-Siddiq melaungkan kepada
anaknya Abdul al-Rahman yang turut bersama kaum musyrikin dengan
katanya: Mana dia hartabendaku wahai si hodoh bedebah?. Jawab Abdul
al-Rahman:
Tiada yang tinggal selain kuda Dan pedang buat membunuh si beruban tua
6. Setelah kaum muslimin memegang tawanan mereka, sedang Rasulullah
di dalam perteduhannya dan Sa’d bin Muaz berdiri di pintu mengawal
Baginda dengan pedangnya, Rasulullah memerhati kemuka Sa’d dan mendapat
sesuatu yang tidak kena padanya, dengan tindakan kaum muslimin itu.
Sabda Rasulullah: “Nampaknya, bagaikan sesuatu yang tidak kena pada kau
dengannya tindakan mereka itu?” Jawab beliau: “Bahkan Wahai Rasulullah.
Peristiwa Badar ini merupakan kejadian pertama yang ditakdirkan Allah
terhadap kaum musyrikin, aku lebih suka berlaku pembunuhan ke atas orang
musyirikin daripada membiarkan mereka hidup”.
7. Di hari berkenaan pedang Akasyah bin Mahsan al-Usdi terpatah,
beliau pun segera mengadu hal kepada Baginda, maka oleh Baginda
diserahkan kepada Akasyah sebatang kayu, sabda Baginda: “Ayuh
berperanglah kau dengan’benda ini”. Sebaik sahaja beliau mengambilnya
dari Rasulullah dan diacu-acukan dengannya, tak semena-mena, ianya
bertukar menjadi sebilah pedang panjang waja besinya, bermata putih dan
tajam. Beliau berperang dengannya hinggalah Allah memberi kemenangan
kepada kaum muslimin. Pedang itu dikenal dengan “al-A’wn” bererti
pertolongan, pedang itu kekal bersama beliau dengannya beliau menghadiri
pertempuran-pertempuran hinggalah beliau syahid di dalam peperangan
al-Riddah dengan keadaan pedang itu kekal bersama-samanya.
8. Setelah selesai peperangan Musab bin Umair bertemu dengan
saudaranya Abu Aziz bin Umair yang juga telah turut serta memerangi kaum
muslimin, didapatinya sedang diberkas oleh seorang Ansar maka kata
Musab kepada al-Ansar tadi: Kemaskan ikatannya kerana ibunya seorang
hartawan, boleh jadi ibunya akan menebuskannya nanti, maka kata Abu
Azizi kepada saudaranya Musab: Apakah itu pesanan kau terhadap ku ini?
Jawab Musab: Beliau ini saudara ku bukannya kau.
9. Semasa diperintah supaya mayat-mayat kaum musyrikin dicampak ke
dalam lubang, dan diseretnya mayat Utbah bin Rabiah, Rasulullah
terpandang muka anaknya Abu Huzaifah yang dalam keadaan muram dan masam,
sabda Rasulullah: “Wahai Abu Huzaifah! Bagaikan kau merasakan sesuatu
terhadap bapa kau itu”. Jawab beliau: “Tidak! Demi Allah, wahai
Rasulullah, daku tidak merasai tentang kematian ayahku itu, cuma aku ini
memang mengenali bapaku sebagai seorang yang berpandangan luas,
kepintaran yang waras dan kelebihan tak terbatas, sebenarnya ku
mengharapkan supaya beliau dihidayatkan Allah kepada Islam, tapi setelah
ku menyaksi apa yang telah menimpanya, dan kematiannya di dalam kafir,
harapan ku musnah sama sekali dan inilah yang mendukacitakan daku”. Lalu
Rasulullah pun mendoakan kebaikan dan mengharapkan sesuatu yang baik
untuk beliau.
QURBAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK
Peperangan berakhir dengan kekalahan yang teruk bagi pihak musyrikin
dan pembukaan serta kemenangan yang menyeluruh bagi pihak muslimin.
Seramai empat belas orang telah terkorban sebagai syahid, enam muhajirin
dan lapan al-Ansar. Manakala kaum musyrikin telah mengalami kerugian
harta benda dan nyawa amat parah, terbunuh tujuh puluh orang dan
berpuluh-puluh orang yang lain menjadi tawanan, keseluruhan mereka
adalah lapisan pemimpin, kepala dan ketua.
Sebaik sahaja selesai peperangan Rasulullah pun tampil ke hadapan
memerhati mangsa-mangsa musyrikin dan sabdanya: “Kamu sejahat-jahat
keluargaku terhadap Rasul kamu, kamu mendusta sedang orang lain
mempercayai daku, kamu mengecewakan daku, sedang orang lain membantu
daku, kamu menghalau daku sedang orang lain membela daku”.
Kemudian Rasulullah memerintah supaya mereka semua dicampak ke dalam
lubang pengambusan Badar. Abu Talhah meriwayatkan bahawa Rasulullah
memerintah supaya mencampak empat belas bangkai pemuda-pemuda Quraisy ke
dalam lubang-lubang pengambusan Badar, persemadian kuncu-kuncu jahat.
Selama tiga hari bila baginda melalui di situ. Rasulullah berdiri di
kawasan pengambusan, di hari ketiga Rasulullah ke sana dengan
tunggangannya setelah
menambat binatang tunggangannya, Baginda berjalan kaki dengan diikuti
oleh para sahabatnya. Rasulullah berdiri ditepi tebing lubang dan
Baginda menyeru kepada mereka yang dikambus di situ serta menyebutkan
nama-nama mereka dan nama bapa-bapa mereka: “Wahai pulan bin pulan,
wahai pulan bin pulan, adakah mengembirakan kamu kerana kamu mentaati
Allah dan RasulNya? Sesungguhnya kami mendapati apa yang telah
dijanjikan Tuhan kami itu benar”. Maka tanya Saidina Umar: “Wahai
Rasulullah apakah yang tuan hamba bercakap dengan jasad-jasad yang tidak
bernyawa itu?” Jawab Rasulullah: “Demi jiwa Muhammad di tanganNya. Kamu
tidak lebih mendengar dari apa yang didengar oleh mereka itu”. Dan di
dalam riwayat yang lain:
“Kamu tidak lebih mendengar dari mereka, cuma mereka tidak boleh menjawab”.
MAKKAH MENERIMA BERITA KEKALAHAN
Orang-orang musyrikin lintang pukang lari dari medan pertempuran, di
dalam Jusaha menyelamatkan diri, masing-masing bertempiaran ke
lorong-lorong dan jalan-jalan ditepian bukit menuju ke Makkah dengan
perasaan tidak tahu bagaimana hendak memasuki kota Makkah, lantaran malu
dan merasa aib.
Mengikut cerita Ibn Ishak dengan katanya: Orang pertama yang cedera
sampai ke Makkah ialah al-Haisaman bin Abdullah al-Khuzai, pihak Quraisy
yang berada di Makkah terus menyoal beliau kata mereka: Apa yang sudah
terjadi? Jawab al-Haisaman: Mereka yang terbunuh ialah Utbah bin Rabiah
dan saudaranya Syaibah, Abu al-Hakim bin Hisyam (Abu Jahal), Umaiyah bin
Khalaf dan tokoh-tokoh yang lain yang dilaporkan oleh al-Haisaman,
semasa beliau membilang tokoh-tokoh Quraisy, Sufwan bin Umaiyah yang
sedang duduk di dalam Hajar Ismail menyampuk dengan katanya: Demi Allah
kalau dia masih berakal dan ingat, tanyalah beliau mengenai diri ku ini
maka kata mereka: Apa yang telah dilakukan oleh Sofwan bin Umaiyah. Kata
al-Haisaman: Itu dia orangnya, sedang duduk di dalam al-Hijr, demi
Allah sesungguhnya aku telah menyaksi bapa dan saudaranya ketika mereka
dibunuh.
Abu Raf pembantu Rasulullah menceritakan: Semasa ku sebagai budak
suruhan al-Abbas, masa itu cahaya Islam telah pun menyeluruh hidup kami
sekalian Ahl al-Bait, al-Abbas telah memeluk Islam, juga Ummu al-Fadhl
dan daku sendiri tapi al-Abbas merahsiakan keislamannya. Semasa
peristiwa Badar Abu Lahab tidak turut serta, bila berita kekalahan
Quraisy sampai kepadanya beliau memendamkannya, dan kini Allah
memalukannya, sedang kami pula merasai sesuatu kebanggaan dan kekuatan
pada diri kami, aku adalah menusia dhaif. Kerjaku membuat bijana, aku
mengukirkannya di perkarangan telaga Zamzam, demi Allah semasa ku sedang
mengukir bijana-bijana ku di mana Ummu al-Fadhl duduk di sampingku.
Alangkah gembiranya sebaik sahaja kami mengetahui berita peperangan
Badar itu, tiba-tiba Abu Lahab berjalan menyeret-nyeret kakinya dengan
niat jahatnya, terus beliau duduk di atas seketui batu, belakang ku
membelakanginya, semasa tengah duduk tiba-tiba orang ramai meneriak: Itu
dia Abu Sufian bin al-Harith bin Abdul Muttalib telah pun tiba. Maka
sahut Abu Lahab dengan katanya: Ayuh mari ke sini, demi jiwa kau! pasti
ada berita. Kata Abu Rafi’: Abu Sufian pun duduk di sampingnya,
orang-orang lain melingkunginya. Kata Abu Lahab: Wahai anak saudaraku
cuba kau ceritakan apa kisah lanjut mengenai semua orang kita itu? Kata
Abu Sufian: Apa yang berlaku, sebaik sahaja kita berhadapan dengan
mereka, bagaikan kita menyerahkan bahu-bahu kita, untuk mereka membunuh
kita sekehendak hati mereka, menawan kita sekehendak hati mereka, demi
Allah dalam keadaan demikian aku tidak dapat mengumpulkan orang-orang
kita, dalam keadaan demikian kami berhadapan dengan lelaki-lelaki serba
putih memecut kuda di antara langit dan bumi. Demi Allah tak suatu pun
yang ditinggalkan kesemuanya dikerjakannya.
Kata Abu Rafi’: Aku pun mengangkat hujung ketul batu yang diduduki
Abu Lahab tadi dengan tangan ku sambil ku berkata: Demi Allah itulah dia
yang dikatakan Malaikat. Di masa itu Abu Lahab pun mengangkat tangannya
dan menempeleng mukaku sehabis tenaganya, aku lawan balik, namun beliau
memaut tubuh dan merebahkanku ke tanah dan terus beliau duduk ke atas
sambil memukul dan melanyakkan ku, apa nak buat aku seorang yang lemah
dan dhaif, di ketika itu Ummu al-Fadhl bingkas bangun memegang seketui
batu bujur dan dihentaknya ke kepala Abu Lahab hingga luka dan meneriak:
Kau perlecehkannya di ketika tuannya tak ada di rumah, masa itu Abu
Lahab pun bangun dan beredar dari situ dengan malu. Demi Allah Abu Lahab
tidak sempat hidup lama kerana di hari ketujuh lepas kejadian beliau
telah diserang sejenis kudis bernanah yang memang sial pada anggapan
orang Arab, beliau mati lantaran penyakit tadi, matinya dibiarkan oleh
anaknya tanpa dipedulikan, selama tiga hari tiada siapa pun mendekati
atau mengambusnya, namun takut dikecam oleh masyarakat Arab kerana
bersikap sambil lewa itu maka anak-anaknya pun menggali lubang untuk
mengambus, itupun mereka menolak ke dalam lubang dengan ranting-ranting
kayu dan melontar anak-anak batu untuk menimbus lubang pengambusan dari
jarak jauh akhirnya tertimbus juga.
Demikianlah Makkah menerima berita kekalahan di medan peperangan
Badar yang parah itu. lanya memberi kesan yang amat mendalam di jiwa
mereka, namun mereka melarang sebarang teriak tangis tanda perkabungan
untuk mengelak ejekan kaum muslimin.
Di antara cerita-cerita pelik ialah aI-Aswad bin al-Muttalib yang
kehilangan tiga orang puteranya di dalam peristiwa Badar, beliau suka
agar kehilangan mereka itu ditangisi, beliau seorang yang cacat
penglihatan, pada masa itu beliau terdengar suara tangisan dan ratapan
kematian oleh seorang wanita. Beliau menghantar budak suruhannya dengan
katanya: Pergi tengok apakah dibolehkan tangisannya dan ratapan? Adakah
Quraisy telah meratapi di atas kehilangan-kehilangannya? Semoga aku
boleh meratapi ke atas anakku Abu Hakimah, kerana sabariku sudah
kehangusan. Budak suruhan pulang sambil berkata: lanya seorang wanita
menangis kerana kehilangan untanya, Aswad pun tidak tertahan lagi terus
meratap dalam madahnya:
Perempuan menangis dek unta kehilangan
lena tak mengunjung ruang mata kau pula tak meratapi Bakar kematian
Kan Badar tidak membawa tuah Di Badar Banu Hasis dan Makhwm
Anak Abu al-Walid menjadi tawanan Tangislah dek kehilangan Uqail
Asad singa Arab meratapi Harith Semuanya tiada setara ratapan
Abu Hikmah, tiada bandingan Selepas kematian kalian mengarah
Tanpa Badar masakan kalian memerintah.
AL-MADINAH MENERIMA BERITA KEMENANGAN
Sebaik sahaja kaum muslimin mencapai kemenangan, Rasulullah pun
mengutus dua pemberitahu berita gembira kepada penduduk al-Madinah, buat
melapor berita segera
dan terkini mengenai perkembangan mutakhir di medan pertempuran,
Abdullah bin Rawahah diutus kepada penduduk al-Aliah dan Zaid bin Harith
kepada penduduk al-Safilah.
Kaum Yahudi dan Munafiqin telah menyebar berita-berita palsu, di
antaranya berita pembunuhan Rasulullah (s.a.w). Kebetulan pula seorang
munafiqin melihat Zaid bin Harith menunggangi unta Rasulullah al-Qaswa.
Apa lagi mereka pun cepat-cepat menyebar berita kematian Rasulullah
dengan katanya: Muhammad (s.a.w) telah terbunuh, Unta itu kami kenali,
dia kepunyaan Muhammad (s.a.w), si Zaid itu pulang ke Madinah, kerana
kekalahan hingga tidak tahu hendak menceritakan peri ketakutan yang
melandanya. Setibanya dua orang utusan Rasulullah itu, kaum muslimin pun
segera melingkungi mereka dan mendengar cerita-cerita lanjut, dengan
itu pastilah mereka kemenangan yang muktamad kepada kaum muslimin, maka
keriangan dan kegembiraan pun terbayang di setiap wajah, di bumi
al-Madinah bergegar dengan laungan tahlil dan takbir, pimpinan Muslimin
yang berada di Madinah keluar beramai-ramai ke jalan arah Badar, untuk
memberi tahniah kepada Rasulullah dengan kemenangan yang agung itu.
Kata Usamah bin Zaid: Berita kemenangan kaum muslimin itu sampai
kepada kami, setelah kami selesai meratakan tanah kubur Rokiah binti
Rasulullah, isteri Uthman bin Affan (r.a), kerana Rasulullah memerintah
daku mengganti Baginda untuk menjaga puterinya bersama Uthman bin Affan.
TENTERA RASULULLAH BERGERAK MENUJU KE MADINAH
Selepas peperangan Rasulullah tinggal di Badar selama tiga hari,
sebelum bergerak pulang berlaku sedikit perselisihan pendapat mengenai
pembahagian harta rampasan, tetapi setelah perselisihan menjadi parah
Rasulullah pun memerintah supaya semua rampasan yang di dalam tangan
mereka dipulangkan semula, mereka semua pun akur dan patuh. Setelah itu
wahyu pun turun bagi mengatasi perselisihan yang berlaku.
Ubbadah bin al-Samit meriwayatkan: Kami keluar bersama-sama
Rasulullah (s.a.w), daku mengikuti peperangan Badar bersama Baginda,
setelah pertempuran berlaku di antara dua pihak dan berakhirlah
peperangan dengan kekalahan musuh Allah, malah sebahagian tentera Islam
terus memburu saki baki musuhnya yang lari bertempiaran, menyelamat diri
masing-masing. Sebahagian yang lain mengumpul rampasan-rampasan yang
ditinggalkan itu, manakala sekumpulan yang lain pula sedang mengeHlingi
Rasulullah mempertahankan diri baginda dari diserang, hingga apabila
malam tiba, semua orang berhimpun di suatu tempat hingga berkatalah
mereka yang mengumpul harta rampasan tadi: Sebenarnya kamilah yang
mengumpulkan semua harta rampasan ini, siapa pun tidak berhak
mengambilnya, namun mereka yang memburu seteru yang lari berkata: Bukan
kamu yang lebih berhak dari kami, kerana kamilah yang memburu seteru
habis-habisan dan kamilah yang menghalang mereka. Maka berkatalah mereka
yang mengawal Rasulullah: Kami ini mengawal Rasul kerana takut-takut
baginda diserang oleh seteru. Dalam Suasana begini maka turunlah ayat
Allah yang bermaksud:
“Mereka bertanyakan kamu mengenai harta rampasan perang.
Katakanlah: “Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab
itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaiklah hubungan di antara sesama
mil, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang
yang beriman “.
(al-Anfal: 1)
Dengan ini Rasulullah pun, membahagikan rampasan tadi di antara kaum muslimin.
Setelah tiga hari Rasulullah di Badar baginda mengerakkan tentera ke
Madinah bersama-sama dengan orang-orang musyrikin yang menjadi tawanan,
mereka dibawa bersamanya harta-harta rampasan perang, di mana Abdullah
bin Kaab dilantik seba&ai amir yang bertanggungjawab ke atas
rampasan-rampa’ian. Setibanya di segenting al-Safra’ Baginda singgah di
dataran yang terletak di antara segenting dan al-Naziah, di situ Baginda
membahagikan harta rampasan di kalangan kaum muslimin, setelah baginda
mengambil seperlima darinya.
Bila sampai ke al-Safra’ Baginda (s.a.w) mengarah supaya dibunuh
al-Nadr bin al-Harith, beliaulah pembawa panji kafir musyrikin di Badar,
beliau merupakan sejahat penjenayah Quraisy, sejahat-jahat manusia yang
mengecam Islam, dan beliau juga orang yang menyakiti Rasulullah, beliau
dibunuh oleh Saidina Ali bin Abi Talib.
Setelah sampai ke “Irq al-Zibyah” Baginda memerintah supaya membunuh
Uqbah bin Abi Muit, kerana seperti yang telah diperkatakan, beliaulah
orang yang bertanggungjawab menganiayai Rasulullah, mencampak pundi
najis sembelihan ke atas kepala Rasulullah, semasa
baginda bersolat, dan beliau juga pernah mencekik leher Rasulullah
dengan kainnya, hampir-hampir membunuh Rasulullah, kalau tidak dicelah
oleh Abu Bakr, setelah diperintah untuk dibunuh. beliau merayu: Siapalah
yang akan menjaga anak-anak kecil wahai Muhammad? Jawab baginda: Api
menjaganya. Akhirnya beliau dibunuh oleh Asim bin Thabit al-Ansari, ada
pendapat mengatakan Saidina Ali yang membunuhnya.
Hukuman membunuh dua orang kepala Thaghut ini adalah kemestian dari
segi undang-undang perang, kerana mereka bukan sekadar tawanan perang,
malah mereka berdua adalah penjenayah perang berdasarkan kanun semasa.
PERUTUSAN MENYAMPAIKAN TAHNIAH
Sesampainya Rasulullah (s.a.w) ke al-Rauha’, Baginda telah disambut
oleh ketua-ketua kaum muslimin, yang telah keluar beramai-ramai untuk
memberi tahniah dengan kemenangan ulung itu. Setelah mereka mendapat
berita yang mengembirakan itu dari dua orang utusan yang dihantarkan
oleh Baginda terdahulu. Maka Salmah bin Salamah bertanyakan mereka:
Apakah yang hendak kamu ucapkan kepada kami? Demi Allah, apa yang kau
ketemui di sana tak lebih dari Atok-atok’ yang botak kepalanya, badan
seperti unta-unta gemuk. Ungkapan itu menjadikan Rasulullah senyum
riang, sabda Baginda: Wahai anak saudaraku mereka adalah golongan
al-Mala’, golongan atasan.
Dan kata Usayid bin Hadir: Wahai Rasulullah, al-Hamdulillah, pujian
kepada Allah, Dialah Tuhan yang memberikan kemenangan kepada tuan hamba
dan berpuas hatilah dengannya, demi Allah wahai Rasulullah, sebenarnya
tidak nadir ku bersama Rasulullah ke Badar itu, kerana dalam sangkaan ku
tuan hamba tidak akan bertemu dengan musuh tetapi yang ku sangka ialah
Qafilah yang membawa barangan perniagaan, kalau ku tahu ianya musuh
pasti tidak ku lepaskan peluang ini, jawab Rasulullah: Ya kata-kata mu
itu benar.
Setelah itu Rasulullah pun memasuki al-Madinah sebagai seorang yang
memperolehi kejayaan dan kemenangan, kini baginda ditakuti musuh-musuh
di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang Madinah memeluk Islam, malah
Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara zahir.
Tawanan perang memasuki al-Madinah sehari selepas Baginda sampai,
mereka dibahagi-bahagikan di antara sahabat baginda, semasa pembahagian
baginda berpesan supaya bertindak baik terhadap mereka, di masa itu para
sahabat memakan tamar sedangkan tawanan dilayan dan diberi roti
mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).
PERMASALAHAN TAWANAN
Setibanya di Madinah terus Baginda mengambil pendapat para sahabat
mengenai tawanan perang itu. Pendapat Abu Bakr: Wahai Rasulullah,
tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak saudara dan sanak
keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan peluang mereka
untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan menjadi satu
kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi taufiq
dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan
penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu
wahai Ibnu al-Khattab? Jawab Saidina Umar: Pendapat hamba tidak seperti
pendapat Abu Bakar, bagiku dalam sangkaan ku tuan hamba tidak akan
bertemu dengan musuh tetapi yang ku sangka ialah Qafilah yang membawa
barangan perniagaan, kalau ku tahu ianya musuh pasti tidak ku lepaskan
peluang ini, jawab Rasulullah: Ya kata-kata mu itu benar.
Setelah itu Rasulullah pun memasuki al-Madinah sebagai seorang yang
memperolehi kejayaan dan kemenangan, kini baginda ditakuti musuh-musuh
di sekeliling al-Madinah, ramai pula orang Madinah memeluk Islam, malah
Abdullah bin Ubai dan pengikutnya pun memeluk Islam secara zahir.
Tawanan perang memasuki al-Madinah sehari selepas Baginda sampai,
mereka dibahagi-bahagikan di antara sahabat baginda, semasa pembahagian
baginda berpesan supaya bertindak baik terhadap mereka, di masa itu para
sahabat memakan tamar sedangkan tawanan dilayan dan diberi roti
mematuhi pesanan Rasulullah (s.a.w).
PERMASALAHAN TAWANAN
Setibanya di Madinah terus Baginda mengambil pendapat para sahabat
mengenai tawanan perang itu. Pendapat Abu Bakr: Wahai Rasulullah,
tawanan ini pada umumnya, mereka adalah anak-anak saudara dan sanak
keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita berikan peluang mereka
untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan menjadi satu
kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi taufiq
dan hidayat kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan
penyumbang kepada kita. Kata Rasulullah (s.a.w): Apa pula pendapat mu
wahai Ibnu al-Khattab? Jawab Saidina Umar:
Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu Bakar, bagiku kadar dari
tiga ribu dirham hingga empat ribu dirham dan ada kadar seribu dirham,
tawanan dari penduduk Makkah menebus secara mukatabah, menebus diri
didasarkan persetujuan dengan tuannya sedang penduduk al-Madinah tidak
sedemikian, malah ada di antara mereka yang tidak dapat membayar tebusan
tetapi diberi pilihan untuk mengajar sepuluh orang anak-anak orang
Islam setelah anak-anak itu mahir maka dibebaskannya. Beberapa orang
tawanan telah dianugerahkan pembebasannya oleh Rasulullah, tanpa
pembayaran tebusannya. Di antara mereka ialah: al-Muttalib bin Hantab,
Saifi bin Abi Rifaah dan Abi Uzzah al-Jumahi.
Manakala Ali bin Abi Talib pula membebaskan birasnya Abi al-Aas
dengan syarat beliau harus melepaskan Zainab, Zainab pula telah mengirim
wang untuk tebusan Abu al-Aas suaminyanya, beliau menghantar kalungan
yang pernah bersama Khadijah dahulu, Khadijah memberinya semasa
perkahwinannya dengan Abu al-Aas, bila Rasulullah terpandangnya, hati
Baginda menjadi lembut, lantarannya Baginda meminta izin para sahabatnya
untuk membebaskan Abu al-Aas, mereka semua pun mengizinkannya. Dan
Rasulullah mengenakan syarat kepada Abu al-Aas iaitu supaya membebaskan
Zainab, di mana beliau pun menepati janjinya, menyebabkan beliau turut
berhijrah, bertepatan dengan hijrahnya, Rasulullah mengutus Zaid bin
Harith dan seorang dari al-Ansar, pada mereka Rasulullah berpesan:
Kamu tunggu di “Batn Ya’jaj” sehingga Zainab melewati kamu dari sana
iringilah beliau ke Madinah, mereka berdua pun keluar hingga dapat
bertemu dengan Zainab dan membawanya pulang. Kisah hijrahnya panjang dan
menyedihkan.
Di antara yang tertawan ialah Suhail bin Amru, beliau merupakan ahli
pidato yang petah, kata Umar:- Wahai Rasulullah: Cabutkanlah dua batang
gigi depannya, maka akan terjelirlah lidahnya hingga dengan itu beliau
tidak berupaya lagi untuk membuat rapat umum menentang Rasulullah
(s.a.w), tetapi Rasulullah menolak permintaan Umar itu, kerana baginda
tidak mahu mencacat hina tawanan dan mengelak dari balasan Allah di
akhirat.
Saad bin al-Nu’man telah keluar ke Mekah untuk menunai umrah, namun
beliau telah ditahan oleh Abu Sufian, sedang anaknya Amru bin Abi Sufian
menjadi tawanan, dengan itu mereka melepaskan anaknya Amru menyebabkan
Abu Sufian pun membebaskan Saad.
AL-QURAN BERBICARA SEKITAR PEPERANGAN BADAR
Di sekitar tajuk peperangan Badar ini Allah menurunkan surah
al-Anfal, surah ini merupakan huraian lanjut Ilahi – (sekiranya ungkapan
ini sah disebut) mengenai peristiwa Badar, ulasan yang amat berlainan
sekali dengan ulasan yang biasa dibuat oleh raja-raja atau
pemimpin-pemimpin selepas sesuatu kemenangan.
Allah (s.w.t) menarik perhatian kaum muslimin, pertamanya mengenai
kecuaian-kecuaian dan beberapa kekurangan akhlak susila yang masih
menjiwai mereka, ini adalah di antara yang terpamer keluar pada
tindakan-tindakan mereka, semoga dengan pernyataan Ilahi ini mereka
dapat memperbaiki dan mentazkiahkannya.
Disusuli pula dengan perbicaraan langsung kepada kemenangan yang
mendapat bantuan dari Allah dan sokongan-sokongan ghaib kepada kaum
muslimin sekalian, Allah menyebut semua ini agar mereka tidak tertumpu
dan terpesona dengan keberanian dan kehandalan mereka, akhir nanti
mereka terasa bongkak dan sombong serta takbur. Malah agar mereka
bertawakkal dan berserah serta mematuhi Allah dan RasulNya (a.s).
Kemudian al-Quran menjelaskan kepada mereka matlamat dan tujuan mulia
mereka yang Rasulullah harungi ke kancah pertarungan yang penuh
dramatik lagi mengagumkan. Allah (s.w.t) menunjukkan kepada mereka
perangai-perangai dan akhlak-akhlak susila yang boleh membawa kepada
kemenangan di dalam pertempuran tadi.
Kemudian Allah menujukan khitabNya(seruan) kepada golongan musyrikin
munafiqin Yahudi dan tawanan-tawanan perang dengan memberi nasihat yang
berkesan, menunjukkan mereka supaya menyerah dan tunduk kepada
kebenaran.
Setelah itu Allah menunjukkan khitabNya kepada kaum muslimin mengenai
persoalan rampasan, Allah menetapkan kaedah dan prinsip persoalannya.
Seterusnya Allah menetapkan landasan dan disiplin peperangan dan
keamanan, kerana masa sudah menuntut hal demikian, oleh kerana dakwah
Islamiah sudah memasuki fasa dan marhalah yang memerlukankannya, agar
peperangan-peperangan orang Islam berbeza dari peperangan orang
jahiliah, supaya orang Islam dapat memperlihatkan nilai-nilai akhlak
mulia dan norma-norma susila yang unggul, hingga dengan itu akan
terbukti kepada dunia bahawa Islam bukan sekadar teori semata-mata,
malah Islam membudayakan penganut-penganutnya dengan disiplin-disiplin
dan prinsip-prinsip amalan seperti mana yang diserukan kepadanya.
Setelah semua itu barulah al-Quran meletakkan akta-akta dan
butir-butir perundangan negara Islam yang memuat garis pemisah dan
perbezaan di antara orang-orang Islam yang tinggal di dalamnya dan
orang-orang Islam yang tinggal di luarnya.
Dalam tahun kedua hijrah difardukan puasa Ramadhan dan zakat fitrah.
Padanya juga dijelaskan kadar nisab zakat-zakat harta lain, tugasan
mengeluarkan zakat fitrah dan penentuan kadar zakat-zakat lain merupakan
jalan keluar untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh sebahagian
besar kaum Muhajirin, di mana mereka ini adalah golongan fakir yang
tidak berkemampuan untuk bergerak di bumi Allah ini.
Seperti satu kebetulan yang direncanakan Allah di mana hari raya
pertama yang disambut oleh umat Islam awal, dalam sejarah hidup mereka
ialah Syawal tahun kedua hijrah, iaitu selepas kemenangan muktamad umat
Islam di dalam peperangan Badar. Betapa indahnya hari raya yang membawa
seribu satu kebahagiaan terhadap anugerah Allah (s.w.t) kepada hambaNya,
selepas satu perjuangan yang mereka hadapi dengan penuh semangat yang
gigih, betapa indahnya pemandangan sembahyang raya fitrah, kesemua
keluar dari rumah masing-masing di pagi hari dengan laungan takbir
tahmid dan tauhid bergema di angkasa al-Madinah, hati-hati mereka mekar
dengan rindu dan cintakan Allah Rabul al-Jalil, cintakan kepada
keredhaanNya dan rahmatNya setelah dilimpahi dengan nikmat-nikmatNya
yang tak terkira itu di samping sokonganNya dan pertolongan yang amat
diperlukan itu, untuk itu maka al-Quran memperingatkan mereka yang
bermaksud:
“Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di
bumi, kamu takut orang-orang mencoiek kamu, maka Allah memberi kamu
tempat bermastautin dan diperkuatkan kamu dengan pertolonganNya serta
dikurniakan kamu dan rezeki-rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur”